1 – ABAIKAN SEMUA
YANG LAIN
Apabila cikgu mula
mengajar sahaja, hentikan semua perkara lain. Berhenti cari buku, berhenti asah
pensil, berhenti suruh orang diam dan berhenti mengikat tali kasut. Beri tumpuan
100% kepada penerangan guru. Ini RAHSIA PALING BESAR pelajar cemerlang.
2 – TEKA, APA
CIKGU MAHU AJAR?
Sebelum cikgu mula
mengajar satu topik, tanya dalam minda
- · Topik ini berkenaan apa?
- · Apa yang penting agaknya dalam topik ini?
- · Topik ini ada kaitan atau tidak dengan topik sebelum ini?
Lebih banyak
soalan dalam minda sebelum cikgu bermula, LEBIH BAGUS!
3 – CONTENG KERTAS
KOSONG
Semasa cikgu
mengajar, jika ada soalan keluar dalam minda mengenai apa kita tidak faham,
contengkan di atas kertas. Apa yang faham semasa cikgu mengajar, contengkan
juga.
4 – BAYANGKAN APA
YANG CIKGU SEDANG AJAR
Jika kita TIDAK
BAYANGKAN apa cikgu sedang ajar, kita akan terbayangkan perkara lain. Membayangkan
perkara selain apa cikgu ajar inilah yang dinamakan berangan-berangan atau
khayal dalam kelas. Bayangkan dapat melihat apa yang cikgu sedang terangkan dan
apa yang cikgu sedang ceritakan.
5 – CEPAT-CEPAT
BUAT LATIHAN
Soalan daripada
latihan boleh menentukan sama ada kita faham atau tidak. Lebih banyak faham,
lebih banyak kita akan INGAT. Apabila terjumpa soalan yang tidak dapat dijawab
atau kita tidak faham, tuliskan soalan di atas kertas untuk ditanyakan kepada
cikgu kita.
6 – MINTA BANTUAN
CIKGU SETELAH MENCUBA
Ada pelajar
bertanya kepada cikgu sebelum dia cuba menjawab soalan dengan
bersungguh-sungguh. Ini menyebabkan mudah lupa. Buat dulu, fikir dulu dan jawab
dulu dengan bersungguh-sungguh, kemudian baru bertanya.
7 – BACA SEMULA
APA CIKGU AJAR SEBELUM 48 JAM
Kajian saintis
menyatakan bahawa jika pelajar belajar 10 perkara hari ini, mereka akan lupa 9
daripadanya selepas 2 hari. Cara mengatasinya ialah selepas belajar satu topik baru,
sebelum 2 hari berakhir, baca semula atau ulangkaji semula. Kita akan lebih
mudah ingat dan pasti TIDAK MUDAH LUPA!
SELAMAT
BELAJAR & SELAMAT BERJAYA!!!
p/s: Sumber Osman
Affan
No comments:
Post a Comment